PAS Terengganu Mulakan Serangan Keatas Kerajaan Negeri!!

10914873_931272273559108_4903116508771407499_o
Mesyuarat terakhir program Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1)
Bagi menghormati kemangkatan Nenda Tuanku Sultan Mizan, Program Karnival TTB yang bakal berlangsung pada 29 hingga januari ini ditanggunhkan kepada tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.
Namun lain pula ceritanya dengan parti yang kononnya hebat memperjuangkan islam namun langsung tidak peka terhadap situasi dan keadaan ini apabila tetap dengan sikap ego dan sombong tidak mahu mengalah dan masih meneruskan program politik mereka dengan penganjuran HARAP 3.1.
Begitu angkuh dengan rasa hebat, Badan Perhubungan PAS Terengganu sanggup mengisytihar perang dengan Kerajaan Negeri dan Y.A.B Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.
Program Karnival TTB yang sepatutnya berlangsung pada hujung bulan ini merupakan program karnival kerjaya kepada anak-anak muda dengan peluang pekerjaan dan juga pelbagai program keagamaan, namun, Kerajaan Negeri dan UMNO tetap menjadi sasaran cacian dan makian mereka yang ‘meroyan’ dengan rasa bongkak.
Kononnya merekalah yang lebih berhak dan layak menganjur program hingga bertindak bodoh melemparkan pelbagai tohmahan, cacian dan fitnah sehingga membuat kenyataan media menentang UMNO dan Kerajaan Negeri.
Tidak sedarkah mereka yang sikap angkuh dan sombong serta kebudak-budakkan mereka ini boleh menimbulkan huru-hara dan melaga-lagakan rakyat?
Nampak gayanya, Badan Perhubungan Pas Terengganu perlu ‘disekolahkan’ untuk belajar tentang penghormatan dan toleransi jika mahu rakyat menghormati mereka.
WALAUBAGAIMANAPUN, GELOMBANG Transformasi Terengganu Baharu yang diperkenalkan YAB MB Terengganu sudah menapak di hati rakyat yang sudah pandai menilai yang mana kaca dan yang mana permata dan transformasi ini membuatkan mereka seperti cacing kepanasan.
Dan slogan yang sering dilaungkan oleh Dato’ Ahmad Razif ‘Kecil Bagi Kita Besar Bagi Rakyat’ telah diterjemahkan dan dizahirkan dengan segala kebaikan dan kebajikan yang dilakukan oleh Dato’ Ahmad Razif, Menteri Besar yang cukup disayangi dan dihormati rakyat.
Ahmad Razif bersama Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu ( SSTTB) di SMK Dabong hari ini.
Ahmad Razif bersama Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu ( SSTTB) di SMK Dabong.
Apa yang ada pada PAS?? Mereka hanya tahu ‘membebel’menyalahkan kerajaan tanpa bertindak. Di saat MB Terengganu menyinsing lengan baju, dan menyinsing seluar meredah lumpur ke Kelantan dan Pahang melawat mangsa banjir, di mana mereka? goyang kaki di rumah main facebook??Tunjuk pandai di depan komputer kononnya hebat menjadi ‘keyboard warrior’??
DSC_1995
YAB MB Terengganu turun padang melawat mangsa banjir.
Moga Terengganu sentiasa dilimpahi rahmat dan berkat dari Allah S.W.T dan di jauhi dari segala fitnah oleh mereka yang sentiasa menyelak kain orang lain tanpa menyedari kain sendiri dah koyak rabak .
Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 18:
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah atau sombong) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur, lagi membanggakan diri”.
Sombong adalah sifat yang tercela. Dengan bersifat sombong sesama manusia akan menyebabkan seseorang itu menolak kebenaran dan menghina sesama manusia. Bukan itu sahaja, apabila sombong itu ada dalam diri manusia akan berlakulah kezaliman dan rasa angkuh. Oleh itu, Allah SWT melarang perbuatan mengabaikan sifat saling hormat-menghormati kerana kesan daripada tidak mengamalkan sifat ini akan membawa kesan yang buruk di dalam kehidupan sesama manusia.

No comments