Tok Guru Sedang Berperang Untuk Hidup!

ttb mb
Tatkala Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman menghantar lebih 6,000 ‘tentera’ bagi membantu rakyat di bawah pimpinan PAS Kelantan yang sedang ‘berperang untuk hidup’, PAS pula merancang untuk ‘berperang’ dengan Menteri Besar Terengganu di Seberang Takir. 

Tatkala Tuan Guru Nik Aziz sedang ‘berperang’ antara hidup dan mati di hospital kerajaan, PAS pula sedang mengatur program gelak ketawa bersama Abby Abadi yang tidak lain tidak bukan untuk mengutuk kerajaan. 

Tatkala orang lain bertali arus masuk ke negeri PAS hulur sumbangan dan bantuan, PAS di Terengganu pula bakal habiskan duit di Seberang Takir semata-mata mahu ‘tunjuk kuat’ kepada UMNO dan Menteri Besar.
Melihat keadaan sekitar Kemubu
Melihat keadaan sekitar Kemubu

Pada saat rakyat Kelantan hidup dalam kedaifan akibat bencana, Timbalan Menteri Besar Kelantan masih ada masa untuk bertandang ke Seberang Takir semata-mata untuk ‘tunjuk PAS kuat’ kepada MB Terengganu. 

PAS sebuah parti politik, 
PAS bukan pejuang agama, 
PAS bukan pejuang rakyat
Sumber : Kuala Nerus News Network

No comments