3 Penuntut Islam ditembak Mati di US

Tiga pelajar Islam dibunuh kejam di Universiti Carolina Utara.
TIGA penuntut  Universiti North Carolina di Chapel Hill, Amerika Syarikat meninggal dunia selepas ditembak dengan pistol dalam satu kejadian di sebuah kompleks kondominium kampus luar, dekat universiti pada Rabu.
Menurut laporan Huffingpost, suspek yang merupakan lelaki tempatan menyerah diri kepada polis selepas membunuh Deah Shaddy Barakat, 23, isterinya Yusor Mohammad Abu-Salha, 21 dan adiknya Razan Mohammad Abu-Salha, 19.
Berita ini tersebar dengan pantas menerusi laman sosial terutama di kalangan komuniti Muslim kerana mangsa dikatakan gemar melakukan kerja amal ketika hayatnya.

Fullscreen capture 2122015 30608 AM
Disebabkan ketiga-tiga mangsa jelas mengamalkan Islam melalui pemakaian dan cara hidup, ramai melahirkan kebimbangan kejadian mempunyai kaitan dengan ‘jenayah benci’ hingga hashtag #muslimlivesmatter mulai trending di laman makro Twitter.
dua
Craig Stephen Hicks, 46, dari Chapel Hill didakwa atas tiga tuduhan membunuh dan di tahan reman di penjara Durham County.
Kawasan Summerwalk Circle digambarkan sebagai satu lokasi senyap hinggalah tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan pada jam 5.15 petang waktu tempatan, membuatkan pihak polis bergegas ke sana sejurus menerima laporan.
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – MYNEWSHUB.CC

No comments