Anuar Diburu kes Samun Dan Tembak Di Bachok


KOTA BHARU: Polis Kelantan memburu seorang
lelaki, Anuar Mohammad, 37, dipercayai dalang
utama kes samun dan tembak di sebuah premis
di Kampung Beris Lalang, Bachok, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim
berkata, suspek dikehendaki yang dikenali Nuar
Ayam itu sangat berbahaya dan mempunyai
empat rekod jenayah lampau.

Akhbar hari ini, melaporkan tindakan pemilik
kedai perkakasan enggan menyerahkan kunci
Toyota Harrier kepada tiga lelaki yang menyamun
premisnya di Kampung Beris Lalang mengundang
padah apabila maut ditembak penjenayah itu.
-BHonline

No comments