Cubaan Membakar Kereta Milik Ahli Parlimen Pas?

Kereta Ahli Parlimen PAS Dr Mohd Hatta Cuba Dibakar.
AMPANG – Kereta milik Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli mengalami kerosakan kecil apabila cuba dibakar dipercayai perbuatan khianat di kediamannya di Desa Haras, di sini, awal pagi tadi.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat ketika ditemui berkata, kejadian itu disedari pengawal keselamatan kawasan perumahannya.
“Kejadian berlaku sekitar jam 3.30 pagi selepas saya baru pulang dari Kota Bharu.
“Kebakaran hanya mengakibatkan kerosakan kecil pada kereta jenis Toyota Fortuner kerana api berjaya dipadam dalam masa lima minit oleh saya dan anak,” katanya. – BHarian Online

No comments