Komplot Dalaman Pas Tolak Haji Hadi?

Penulis berbaju biru di sebelah Haji Hadi Awang dalam satu perjumpaan semasa beliau menjadi Menteri Besar Terengganu di zaman Pas
Penulis berbaju biru di sebelah Haji Hadi Awang dalam satu perjumpaan semasa beliau menjadi Menteri Besar Terengganu di zaman Pas
KRISIS MENOLAK KEPIMPINAN HADI SEBAGAI PRESIDEN PAS
APAKAH HAJI HADI AKAN ULANGI SEJARAH
Bahagian 1.
Apalah malangnya nasib Presiden Pas, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang seorang yang sekian lama disanjung dan dipandang mulia oleh pendokong, penyokong dan ahli Pas kini sedang berdepan dengan penentangan dan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya.
Ini terutamanya dari kalangan barisan pimpinan Pas sendiri yang merasakan sudah sampai masanya pemimpin nombor satu Pas itu mula bersiap untuk menyerahkan tampuk kepimpinan kepada orang lain, sesuai dengan perubahan masa dan zaman.
Di antara barisan pimpinan tinggi Pas yang agak lantang menegur dan mengkritik Presiden Pas itu ialah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, YB Mohamed Hanipa Maidin, seorang pengamal undang-undang yang terkemuka.
Media melaporkan: tindakan menegur Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat merupakan perkara biasa yang berlaku dalam parti itu, kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.
Beliau turut menegaskan, amalan tersebut tidak pernah dilarang oleh parti.
“Jika sekalipun ada laporan yang menyatakan saya menegur Presiden Pas dalam mesyuarat, ia bukan suatu yang luar biasa kerana Pas tidak pernah melarang mana-mana ahli jawatankuasa Pas Pusat menegur Presidennya,”katanya.
Beliau berkata, ahli di bawah mempunyai hak seperti juga Presiden Pas, dalam menegur mana-mana orang dibawahnya.
Berdasarkan sejarah PAS lebih tiga dekad lalu, sumber-sumber berkata isyarat penolakan Hadi itu boleh berlaku sepertimana ketika Yang Dipertua PAS Datuk Asri Muda disingkirkan pada 1982 dan digantikan Yusof Rawa.
Sementara pada 1986 pula, Yusof pula diasak apabila idea penubuhan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC), sebuah badan bagi mempromosikan dasar PAS kepada bukan Islam, ditolak walaupun menjadi sebahagian daripada ucapan dasar yang dipertuanya.
“(Dengan kata lain, perwakilan ketika itu) menolak usul yang menjadi sebahagian daripada ucapan dasar, (dan ia) dianggap sebagai menolak presiden,” katanya.
Apakah sejarah penolakan kepada Presiden ini akan turut berulang dan bakal dialami oleh Haji Hadi tidak lama lagi?
Sekarang sudah wujud komplot berkenaan, yakni mahu menjatuhkan Haji Hadi.
Pas pusat wajar menyiasat dakwaan wujudnya komplot berkenaan,kerana terdapat bukti asas yang boleh dikaitkan dengan dakwaan itu yang didedahkan oleh sekumpulan penyokong Haji Hadi, kata Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. BERSAMBUNG.

No comments