Pas Terengganu Takut dengan Slogan TTB Razif


Bagi pandangan penulis sebagai rakyat Negeri Terengganu, apa yang dibawa oleh Yab Menteri Besar ke 14(sebelum merdeka)Dato' Ahmad Razif Abd Rahman seperti mana cogan kata, laungannya yang telah terbenam di kepala otak rakyat Terengganu.

Transfomasi Terengganu Baharu (TTB) bergema dan selalu meniti di bibir-bibir mulut rakyat Negeri ini dan kerana itu Pas sudah mula menyerang dari segenap sudut terhadap Ahmad Razif dan kerajaan negeri.

Antara permainan KOTOR dan FITNAH yang dilemparkan oleh jentera mereka(PAS) Perancangan Bandar Baru Bukit Besar akan dihentikan dan semua bajet pembangunan akan dipindahkan dan pentadbiran Kerajaan Negeri akan juga dipindahkan ke Daerah Kuala Nerus. Permainan yang menjijikan ini telah menjadi Viral dalam media sosial.

Jelas ketakutan Pas makin ketara dengan serangan demi serangan iaitu Kalimah "ALLAH" PELIHARAKANLAH TERENGGANU" di atas Bukit Besar itu  juga menjadi modal FITNAH kepada Ahmad Razif kebelakangan ini selepas beliau mengumumkan akan membaik pulih kawasan sekitar Kalimah ALLAH tersebut dengan pencahayaan yang lebih menarik lagi.

Dikatakan Razif akan menukar kalimah ALLAH itu dengan Slogan TTB yang tidak pernah masuk diakal apabila apabila FITNAH sebegitu dibuat oleh mereka yang mana dasarnya Mendokong ISLAM akan tetapi perbuatangnya sama sekali tidak pernah MENCERMINKAN seorang ISLAM.

Dengan 8  prinsip yang telah diterapkan bersama TTB ini lagi membuat jentera Pas menyerang tidak berhenti-henti dengan mencari kesilapan dan kelemahan UMNOBN yang menjadi tonggak dalam kerajaan.

Antara 8 prinsip tersebut :-

Pertama ialah Prinsip Inklusif yang bermaksud meraikan suara rakyat sebagai input pembangunan. Setiap program pembangunan seharusnya mengikut apa yang rakyat mahu, bukan apa yang kita hendak.

Untuk itu, saya telah memperkenalkan dan telah menggerakkan Majlis-Majlis Perundingan Rakyat (MPR) di seluruh daerah. MPR di setiap daerah akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah  yang berkenaan dan keanggotaan merangkumi segenap kelompok dalam masyarakat setempat.

Kedua – menjadikan Masjid dan Surau sebagai sumber penyatuan.

Terdapat lebih 400 buah masjid dan ratusan buah surau. Saya bangga kerana banyak pembaharuan telah dilakukan seperti penggunaan alat bantu visual dalam khutbah Jumaat dan tahap pengurusan masjid yang semakin baik. Tapi saya percaya kita boleh lakukan yang lebih baik.

Untuk itu, sebuah masjid contoh akan dibina di setiap daerah bertujuan memperluaskan lagi fungsi masjid sebagai sumber penyatuan masyarakat. Sebagai permulaan, Masjid Al Muktafi Billah Shah atau Masjid Ladang akan dijadikan model ke arah itu.

Ketiga – menggalakkan usaha menyubur pembinaan Keluarga yang Bahagia sebagai asas kesejahteraan Rakyat.

Institusi kekeluargaan adalah unit terpenting dalam pembinaan setiap  masyarakat. Ledakan maklumat, pengaruh Barat dan tuntutan kehidupan semakin menghakis kejelekitan atau daya yang menyatukan institusi kekeluargaan.

Keempat – Prinsip Integriti iaitu bersih luaran dan dalaman. Kebersihan adalah cerminan iman. Persekitaran dan kebersihan luaran mesti dijaga. Ianya lambang budaya dan bangsa. Tambahan pula persekitaran yang kotor sangat tidak baik kepada bidang pelancongan yang merupakan salah satu bidang ekonomi utama Negeri Terengganu.

Kebersihan dalaman pula bermaksud bersih dari sebarang bentuk gejala seperti rasuah, penyelewengan dan ketirisan. Saya telah nyatakan secara tegas iltizam saya untuk memerangi rasuah, penyelewengan dan ketirisan. Semoga Allah SWT memberi kita semua kekuatan untuk sentiasa istiqamah dalam hal ini.

Kelima –  Mesra tapi tegas. Senyuman adalah satu perkara mudah tapi sukar untuk dilakukan. Senyuman dan tegur sapa memecah tembok persepsi yang menghalang hubungan baik sesama manusia. Kita perlu lebih banyak senyum dan bertegur sapa. Ianya menjadi lebih mudah dengan adanya sms, WhatsApp, sms, twitter, yang penuh dengan emoticon.

Keenam – Disiplin kerja yang tinggi. Disiplin kerja menekankan soal konsisten, atau kegigihan dan istiqamah. Penampilan dan kemahiran insan atau soft skills juga boleh meningkatkan imej dan keyakinan kita serta kebolehpercayaan orang lain kepada kita bahawa kita boleh buat kerja.



Ketujuh – Seruan ke arah Perpaduan. Isu perpaduan bukan isu baru dan kita semua sedia maklum akan peri pentingnya perpaduan. Isunya ialah bagaimana kita boleh mengeratkan lagi perpaduan melalui usaha dan program yang di luar dari kebiasaan.

Dan Kelapan – Memperkasa bidang Pendidikan.

Antara inisiatif awal bagi memperkasa bidang pendidikan ialah:

Program Mensasarkan Sifar Lepasan SPM ke Universiti,

Penubuhan Sekolah-Sekolah Pondok Moden,

Rasionalisasi institusi-institusi pendidikan tinggi kerajaan negeri seperti TATI, TESDEC, TTITC dan Institut Al Qur’an,

Program Peningkatan Bahasa Inggeris dan Matematik pelajar Lepasan SPM,

Penubuhan Sekolah Berasrama Penuh IMTIAZ Elit,

Penubuhan 3 buah Sekolah Menengah IMTIAZ baru di Marang, Setiu dan Kuala Nerus bermula Januari 2015

Pengenalan Program IGCSE (International General Certificate for Secondary Education) bagi kemasukan pelajar terus ke Peringkat A Level,

Dan Islamic Science Program iaitu penajaan 3 pelajar hafiz IMTIAZ SPM 2014 ke universiti luar negara dalam bidang Aerospace Engineering sehingga ke peringkat PhD.

Lapan Prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) ini akan dijadikan panduan dan akan diterapkan dalam pentadbiran kerajaan dan ia juga menjadi KETAKUTAN kepada kerana Hasilnya SUDAH sedikit sebanyak membuat rakyat negeri ini bangkit dar KETAKSUBAN POLITIK murahan PAS.

No comments