pocong tumpang belakang lori di LPT2 Bukit Besi?


Semalam semasa penulis membelek-belek muka buku, terjumpa status mamat ni yang siap bergambor "hantu Tumpang Belakang lori".

Dalam Status muka Buku berkenaan lokasi kejadian dinyatakan dari LPT2 Ajil menghala ke Bukit Besi, naik seram jugak aku nak lalu malam-malam kat LPT ni sorang-sorang.

Sebelum ini banyak aku dengar kisah-kisah seram di R&R Bukit Besi, dulu ada kisah sepasang suami Isteri yang berhenti di tempat itu untuk menggunakan Toilet, setelah selesai urusan di situ si Suami masuk ke kereta serta si isteri .

Dalam perjalanan pulang ke destinasi ..sang suami memandang si isteri nya yang hanya terdiam di dalam kereta, dalam benak fikiran mungkin si isteri itu kepenatan..sesudah sampai di rumah si suami menerima panggilan yang tentera di telipon bimbitnya "my wife".

Soalanya kenapa masih menelifon sedangkan mereka sudah sampai ke rumah..? lantas sang suami mengangkat panggilan itu...Allahuakbar....apabila mendengar tangisan Isterinya .."kenapa abang tinggal saya di R&R bukit besi sorang-sorang?"tanya si isteri yang sedang menagis kuat..mungkin ketakutan ...

Maafkan abang...bukan kah awak dah balik rumah bersama abang??? apabila di cari kelibat isterinya di dalam kereta tiada ..dengan segera sang suami ke R&R Bukit Besi itu untuk mengambil isteri nya... Tapi siapakah sang suami bawak balik rumah sebelum itu???

begitu lah kejadian yang pernah berlaku di LPT2 dan  diceritakan kepada aku sebelum ini...begitu juga dengan gambar diatas yang kelihatan seperti seseorang sedang berdiri diatas lori di LPT2 itu...

yang pasti alam ghaib itu wujud ...sama-sama kita fikirkan kejadian alam ciptaan Allah ini..bukan hanya kita yang hidup atas muka bumi ini....


No comments