Suami Bodoh Tengking Isteri Gemok!!

Kisah Suami Tengking Kata Isteri Gemuk Di Pasaraya Jadi Viral.
MENGGELENG kepala jadinya membaca drama sebabak yang menjadi viral di laman sosial hari.
Kisah seorang isteri ditengking dan dicaci oleh suaminya dikhalayak ramai dalam sebuah pasaraya ini bukan sahaja memalukan malah sungguh mengecewakan.
18400_839029209497432_7628004510481104726_n (1)
Kejadian yang  disaksikan oleh Sarie Tanjung di Pasaraya Billion, Port Dickson ini  membuatkan ramai Netizen khususnya para wanita meluahkan perasaan tidak berpuas hati dan marah terhadap suami berkenaan.
Bayangkan si isteri terkontang-kantang membeli barang keperluan sambil mendukung anak kecil, sang suami boleh pulak ambil endah tak endah.
Paling mengecewakan apabila mendengar sang suami mengutuk bentuk badan si isteri dan sanggup meluahkan kekesalan berkahwin dengan wanita yang selama ini sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat buatnya.
Haihh… Kesian si isteri, sudahlah penat menguruskan rumah dan anak, sang suami langsung tidak menghargai.
Apa pun, semoga kisah ini menjadi pengajaran buat pasangan suami isteri yang lain agar lebih menghargai pasangan anda. – MYNEWSHUB

No comments