Usung Lelaki IslamTidak Solat Jumaat Guna Van Jenazah

C360_2015-02-24-10-07-16-641
Menteri besar Terengganu YAB Dato Haji Ahmad Razif Abd Rahman memulakan pagi beliau dengan program “Walkabout” di Wisma Persekutuan Kuala Terengganu hari ini.
Menteri besar Terengganu hari ini menegaskan sekali lagi bahawa remaja-remaja Terengganu yang berpakaian menjolok mata serta berpeleseran dengan pasangan bukan muhrim bakal di tangkap.
YAB Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata “ kerajaan negeri menyokong penuh kepada tindakan MAIDAM yang melaksanakan undang-undang itu bagi menjaga imej kita sebagai orang Islam serta  negeri Terengganu”.
“ Saya telah berhubung dengan pihak MAIDAM supaya pendekatan yang boleh kita  ambil  ialah lebih kepada mendidik bukanya menghukum, serta memberi peluang kepada mereka dan diberi nasihat sebelum melaksanakan hukuman”
Dalam pada itu  kerajaan negeri juga akan mengambil tindakan tegas kepada lelaki Islam yang berkeliaran pada waktu solat jumaat  sejajar dengan penguatkuasaan penutupan premis-premis perniagaan pada hari jumaat bermula 12.30 tengah hari hingga ke 2.30 petang bagi menghormati serta memberi peluang kepada kaum lelaki Islam menunaikan solat , katanya ketika sidang Media di Wisma Persekutuan di program “walkabout”.

No comments