Hadi Awang Dihalau Keluar Oleh LIM GUAN ENG!

Lim-Guan-Eng_-Abdul-Hadi-Awang_pkr_300
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang keluar Pakatan Rakyat jika masih berkeras untuk membentang rang undang-undang persendirian pelaksanaan hudud di Kelantan.
Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang dikatakan telah membuat permohonan pada 18 Mac untuk membentang Rang Undang Undang Persendirian bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. Permohonan tersebut dibuat sehari sebelum sidang dewan undangan negeri meluluskan Kod Enakmen Syariah Negeri Kelantan II (1993) 2015.
Lim menyatakan Hadi telah menipu kepada rakan Pakatan kerana gagal mendapatkan pandangan dan persetujuan dari PKR dan DAP sebelum membuat apa-apa keputusan.
Lim yang menyifatkan Hadi seorang penipu dan memungkiri janji menegaskan bahawa Hadi tidak sepatutnya berjanji sekiranya tidak mampu menunaikan janji beliau.
“Saya bukan mempersoalkan hak demokrasi beliau, dia mempunyai hak. Tetapi jangan lakukannya sebagai wakil pemimpin Pakatan”
Lim memberitahu wartawan di lobi parlimen hari ini bahawa Hadi membentang rang undang-undang itu bukan lagi melibatkan hak demokrasi seorang individu tetapi juga “Pakatan Rakyat ditipu”.
“Jika beliau masih mahu membentangkannya, beliau boleh buat tapi bukan mewakili Pakatan.
“Tinggalkan Pakatan jika tak boleh menunaikan janji. Tindakan dia tidak mencerminkan seorang pemimpin dari Pakatan. Jika beliau masih mahu melakukannnya, beliau sepatutnya keluar Pakatan Rakyat dan buat mengikut kehendaknya,” katanya.

No comments