Kemelut dalaman Pakatan Rakyat semakin memuncak

cec_dap-650x400
Kemelut dalaman Pakatan Rakyat semakin memuncak apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akhirnya mengumumkan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Hadi Awang.
Lidah rasmi DAP, Roketkini semalam melaporkan DAP mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bekerjasama dengan UMNO untuk melanggar semangat konsensus serta Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR).
“DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.
“DAP hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau.
“Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang.
“DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR untuk membincangkan nasib Pakatan Rakyat pada masa depan,” kata Guan Eng.

No comments