Pesawat AIRBUS Germanwings Terhempas di kawasan Gunung Alps

Pesawat Airbus penerbangan tambang murah Lufthansa, Germanwings terhempas di kawasan pergunungan Alps di selatan Perancis, hari ini, ketika dalam perjalanan dari Barcelona ke Duesseldorf.
Difahamkan, penerbangan itu membawa 142 penumpang serta dua juruterbang dan empat kru.
Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, kesemua penumpang dan anak kapal dipercayai terkorban dalam nahas itu.
“Pesawat itu terhempas di awasan tepencil dan sukar dilalui,” katanya.
Sementara itu, jurucakap perbadanan penerbangan Perancis, DGAC berkata, pesawat A320 itu terhempas berhampiran bandar Barcelonnette yang terletak kira-kira 100 kilometer utara Nice, Perancis
Pasukan mencari dan menyelamat dalam perjalan ke lokasi nahas, katanya
Sementara itu Jurucakap pengendali lapangan terbang Sepanyol, Aena berkata pesawat itu berlepas dari Barcelona pada 8.55 pagi GMT (4.55 petang Malaysia)

No comments