Mat Sabu Seorang Berprinsip -Guan Eng


KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghormati keputusan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, untuk melepaskan semua jawatannya dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Lim berkata keputusan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpegang kepada prinsip dan tidak mementingkan jawatan selepas akur kepada keputusan yang dibuat oleh Muktamar Tahunan PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
“Mana-mana jawatan yang dikosongkan oleh wakil PAS dalam kerajaan negeri itu kelak akan diisi oleh pemimpin Melayu lain yang bukan daripada parti berkenaan,” katanya.
Mat Sabu sebelum ini mengumumkan akan meletak jawatan yang disandangnya di bawah kerajaan Pulau Pinang berkuat kuasa minggu ini.
Jawatan yang disandangnya ketika ini adalah sebagai Lembaga Pengarah Pengurusan Air Pulau Pinang dan Lembaga Halal Hub Pulau Pinang.
Keputusan itu diambil susulan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-61 meluluskan usul tanpa bahas dikemuka Dewan Ulama PAS pusat sebelum ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

No comments