Rakyat Terengganu Koma Di Mekkah akan Dibawa Pulang Diiringi oleh Menteri Besar

10491223_10203094720883814_3726836470249047171_nMakkah : Rakyat Terengganu disarankan sama-sama  berdoa untuk Haji Mamat Jusoh yang kini sedang KOMA  (tidak sadarkan diri dalam waktu yang relatif lama) di Klinik Kecemasan Ajyad, Kota Makkah al-Mukarramah.

Penulis sempat menghubungi anak kedua Haji Mamat melalui mesej Mazri Mamat yang kini berada bersama di Makkah bagi MISI membawa balik ayahandanya Mamat Jusoh ke Terengganu.

Misi  ini dijangkakan akan memakan masa selama 11 hari yang bermula pada 12 – 22 Jun ini yang mana akan melibatkan beberapa proses yang perlu dilalui bagi membawa balik Mamat ke Malaysia dari Makkah.

Haji Mamat yang berasal dari Kampung Seberang Takir yang kini menetap di Kampung Teluk Ketapang akan dibawa pulang ke Malaysia serta diiringi oleh Yab Datuk Seri Ahmad Razif dan keluarga.

Yab Datuk Seri Ahmad Razif sedang menunaikan UMRAH bersama ahli keluarga dan dijangkan akan melawat Haji Mamat selepas selesai kerja-kerja UMRAH di dilakukannya.

Turut sama dalam misi ini Tuan Haji Mustafa pemilik Zahafiz Travel & Tour Sdn Bhd, Dr. Sharizan Pakar Perubatan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) serta Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu.

Menurut Mazri,  Dr Sharizan dan Haji Mustafa telah melawat ayahandanya dan  keadaannya bertambah baik dan pada hari esok Dr Sharizan akan bertemu dengan Dr Faiz, doctor  yang merawat Haji Mamat di Hospitan Kecemasan Ajyad bagi mendapat  perkembangan terkini.

Berita perkembangan Haji Mamat akan dikemaskini dari masa ke semasa…..
  • Terengganu Times

No comments