Skuad Sukarelawan TTB bantu Mangsa Gempa Sabah

Misi Bantuan Kemanusian
Misi Bantuan Kemanusian
Sabah dilanda satu lagi gempa bumi awal pagi ini, lapan hari selepas kejadian pertama yang meragut 18 nyawa.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan di Facebook bahawa gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter itu berlaku pada jam 2.29 waktu tempatan, 25 km dari Kota Belud.
Gegaran dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.
Media sosial menyiarkan posting daripada penduduk yang dalam ketakutan dan warga maya yang prihatin.
Dalam gempa bumi lalu yang berukuran 6.0, beberapa pelajar Singapura turut terkorban di Gunung Kinabalu.
Lebih daripada 130 orang yang mendaki gunung itu terkandas, tetapi kemudiannya diselamatkan.
Sementara itu pasukan pertama Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) akan dihantar hari ini dan dijangka tiba pada waktu petang di Kota Kinabalu.
Pasukan pertama ini akan menyelaras misi bantuan SSTTB bencana gempa bumi di Sabah dan memastikan bantuan yang di salurkan sampai kepada keluarga yang terjejas.
Susulan, esok 14 Jun 2015 satu lagi pasukan Skuad Sukarelawan TTB yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri YB Dato ‘Rozi Mamat yang akan turut serta bagi SSTTB kumpulan ke dua dengan beberapa pegawai mewakili Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Terengganu RM200,000 kepada Tabung Bencana Negeri Sabah.
Misi kemanusiaan ini merupakan cetusan daripada Y.A.B Menteri Besar Dato ‘ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam membantu mangsa gempa bumi yang melibatkan Skuad Sukarelawan TTB (SSTB).
Pengalaman Skuad Sukarelawan TTB ini ketika membantu mangsa banjir di Kelantan dan Pahang dengan kekuatan 5000 sukarelawan menjadi sukarelawan ini matang dalam misi bantuan bencana setelah menjalani beberapa siri kursus daripada JPAM, Rela, Bomba dan beberapan lagi agensi yang terbabit dalam pengurusan bencana.
Di harap Rakyat Terengganu mendoakan agar Skuad Sukarelawan TTB ke Sabah ini selamat pergi dan pulang sepanjang misi bantuan ini.
-TerengganuTimes

No comments