Sumpah Bai'ah PAS Makan Tuan!!



Pas tidak perlu mengambil tindakan tatatertib termasuk memecat mana-mana ahlinya yang menyertai Gerakan Baharu (GHB).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah berkata, hal itu kerana sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa mana-mana anggota yang menyertai parti lain secara automatik keahlianya akan digugurkan.

Bagaimanapun tegas beliau, mana-mana wakil rakyat Pas yang telah berbai'ah atau sumpah taat setia perlu bersedia menanggung akibat atas tindakan menyertai parti lain.

"buat apa kita mahu mengambil tindakkan ke atas mereka(ahli Pas yang menyertai GHB)? kita memang tidak boleh paksa mereka letak jawatan  ( wakil rakyat) sebab dari segi undang-undang mana- mana wakil rakyat yang bertukar parti jawatannya itu masih kekal.

"kalau betul-betul mereka mahu 'join' parti politik lain, sertailah tetapi automatik keahliannya akan digugurkan dan sumpah yang dilafazkan sebelum menjadi calon PAs akan berjalan"katanya lagi.

Beliau mengulas mengenai desakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad baru-baru ini yangmeminta pucuk pimpinan tertinggi Pas  membuat pendirian rasmi berhubung kedudukan ahli parti itu yang menyertai GHB.

Minggu lalu, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat mengumumkan pemimpin -pemimpin yang terlibat dalam GHB akan meninggalkan Pas secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi paa 14 September depan.

Dalam pada itu, Mohd Amar meminta supaya mana-mana pihak terutamanya penyokong Pas supaya tidak terus mempertikaikan isi kandungan bai'ah di Kelantan yang berkaitan taklik cerai.

"saya sendiri tidak faham kenapa Tok Guru(Allahyarham Nik Aziz) susun begitu. Cuma apa yang boleh saya faham, perjuangan Islam merupakan  perjuangan yang besar. Kalau kita betul-betul sayang perjuangan ini maknanya kita sayang juga isteri.

"Jadi, kita kena jagalah perjuanganini. Perjuangan Islam , bukan perjuangan main-main. Dasar Pas adalah perjuangan Islam. Adakah kita nak menolak perjuangan ini dan sanggup memperjudikan nasib isteri kita? Jadi sepatutnya sebelum melafazkan sumpah tersebut , dia kena berfikir dahulu sebab itu bukan paksaan. Kalau  tak nak, tidak perlu jadi Calon PAS," ujarnya.








No comments