4 fokus diberi penekanan dalam laporan siasatan tragedi MH17

The Hague: Empat fokus akan diberi perhatian di dalam laporan penuh siasatan tragedi MH17 yang akan dikeluarkan Selasa ini tetapi ia tidak akan menyalahkan mana-mana pihak atau menyatakan siapa yang bertanggungjawab.

Pasukan penyiasat antarabangsa itu yang diketuai oleh Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) akan mengumumkan laporan penuh berkenaan di Pangkalan Udara Gilze-Rijek, selatan Belanda.

Menerusi kenyataan akhbar, OVV memaklumkan bahawa fokus siasatan itu membabitkan punca tragedi terbabit, isu laluan penerbangan di zon konflik, proses pengesahan penumpang warga Belanda yang memakan masa empat hari dan persoalan sama ada penumpang sedar terhadap tragedi yang menimpa pesawat itu.

“Bagaimanapun, laporan itu tidak akan menyalahkan mana-mana pihak yang menjadi punca tragedi berkenaan.

“Lembaga Siasatan hanya bertanggungjawab terhadap punca tragedi dan pasukan siasatan tidak berhak untuk menyalahkan mana-mana pihak.
“Persoalan itu (pihak yang bertanggungjawab terhadap tragedi MH17) hanya boleh dijawab menerusi siasatan jenayah yang dilakukan oleh negara-negara berkaitan,” 

No comments