Mat Sabu Dikritik dilaman Sosial setelah mohon Semua Pihak Henti gelarkan Amanah Parti Kafir.


Seperti menepuk air di dalam dulang, percikannya terkena  muka sendiri” itu yang dapat diungkap  kepada Presiden Parti Amanah Negara ( Amanah), Mohamad sabu apabila beliau memohon pihak tertentu berhenti mengelarkan Parti itu “Parti kafir”.


memetik  kenyataannya melalui sinar harian, tindakan itu dikhuatiri menyebabkan perbalahan sesama masyarakat Islam berbeza fahaman politik di negara ini.


"Seperti yang kita lihat di Iraq, Afghanistan dan Somalia, kesemua penindasan dan peperangan adalah berpunca daripada perang saudara yang kemudiannya ada campur tangan pihak Barat.


“Jika mahu mengelak daripada terjadinya perkara tersebut, kedua-dua pihak haruslah memainkan peranan yang penting dan bersikap lebih positif,” katanya pada sidang media di Restoran Ameer, Taman Mutiara Rini di sini, kelmarin.


mat sabu 2.png

Mungkin Muhamad Sabu ini sudah lupa bahawa beliau juga pernah mengelarkan “UMNO parti Kafir” suatu ketika dahalu, jadi tidak hairan hari ini Allah memulangkan gelaran itu kepada Parti Amanah.


Hairan rasanya hari ini Mat sabu takut isu ini menyebabkan perbalahan sesama Islam , mengapa tidak dari dulu lagi beliau khuatiri isu kafir mengkafiri ini akan menyebabkan permusuhan semasa Islam?

Dalam kenyataan itu juga Mat Sabu percaya Pas akan lebih lemah jika bergerak sendiri.


Menurutnya, perkara ini dilihat apabila Pas gagal mendapat undian tinggi lebih-lebih lagi dari kaum Melayu ketika bersama Pakatan Rakyat.


“Saya percaya Pas akan mempunyai kekuatan kuat dari segi ahli dan pengikutnya tetapi untuk memenangi PRU ia adalah mustahil.


“Perkara ini bersandarkan landskap politik negara, yang mengatakan tiada parti yang mampu menang PRU secara bersendirian tanpa menjalinkan kerjasama dengan parti yang lain,” katanya.


No comments