‘Pas kata ahli Amanah kafir? Siapa? Bila? Di mana? Tuduhan serius ini!

pas

Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan menerusi status Facebooknya membangkitkan persoalan kepada presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yang seakan tidak berpuas hati apabila Mat Sabu menuduh Pas kata Ahli Parti Amanah Kafir semalam yang tersebar didada media.

Beliau yang menganggap tuduhan itu serius juga menuntut jawapan siapa, bila dan di mana kenyataan tersebut dikeluarkan.

‘Pas kata ahli Amanah kafir? Siapa? Bila? Di mana? Tuduhan serius ini!,” tulisnya.
Jumaat lalu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu meminta pihak tertentu supaya berhenti menggelar Amanah sebagai parti 'kafir' dan menyimpang.
Menurutnya, tindakan itu dikhuatiri menyebabkan perbalahan sesama masyarakat Islam berbeza fahaman politik di negara ini.
11751882_10152913077592312_2498683185548266214_n
Nasrudin Hassan
Sementara itu, dipercayai merujuk kepada laporan portal berita yang menyebut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa 60 peratus daripada 50,000 ahli Amanah adalah bekas pemimpin Pas, Nasrudin menyifatkan kenyataan itu tidak munasabah.

“60% dari 50,000 ahli Amanah adalah bekas pimpinan Pas? 60% bersamaan 30,000. Pas ada 193 kawasan dan ini bermakna Pas kehilangan 30,000 pimpinan.

“Ini juga bermaksud secara purata, setiap kawasan kehilangan 155 pimpinan. Kalau berdasarkan dakwaan itu, semua kawasan Pas telah ditutup seluruh negara. Suatu kenyataan yang tidak munasabah,” katanya.

Rakyat sedang menilai kedua-dua parti ini sedang bertelagah mahu jadi jaguh di dalam arena politik negara, berapa lamakah PAN akan bertahan ? adakah PAN akan menjadi seperti parti 46?

Benar kata –kata Presiden PAN bahawa Parti PAS tidak akan dapat memerintah negara jika berjuang sendirian tanpa Pakatan Rakyat ianya hanya angan-angan “Mat jenin”.

No comments