Kerajaan Negeri Pahang akan Hentikan Permit Bauksit tahun depan?



Kerajaan negeri Pahang akan hentikan permit pelombongan Bauksit bermula tahun hadapan.

Desah desuh yang mengatakan kenyataan ini akan dibuat oleh Menteri Besar Pahang dalam masa terdekat.

 Ini disebabkan impak yang negetif yang jelas berlaku di beberapa kawasan apabila dicemari bauksit seperti laluan damansara , Berserah , Sungai Karang dan beberapa kawasan lain termasuklah Terengganu.

Oleh kerana tamakkan keuntunggan semata dan  sistem yang dilaksanakan dengan tidak teratur telah menyusahkan ramai pihak  serta menyukarkan kehidupan rakyat.

Kalau benar akan ada tindakan untuk hentikan perlombongan bauksit di Pahang , penulis dapat rasakan rakyat Pahang akan dapat hidup lebih selesa selepas ini.

Di Persidangan Agung UMNO yang bertempat di PWTC tiada seorang Exco kerajaan negeri Pahang yang berani mengulas berkenaan isu bauksit apabila disoal.

Kenapa berdiam diri? Tidakkah anda mahu rakyat gembira?

Apakah benar ada perbincangan dikalangan Exco kerajaan negeri Pahang untuk hentikan perlombongan Bauksit di Pahang?

Sama-sama kita nantikan….

No comments