EIO Dan TSO Menunjukan Prestasi Buruk Tidak Akan Ditawarkan Bertugas?


PENJELASAN ISU TAMAT KONTRAK EIO & TSO.

Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) di wujudkan bertujuan melaksanakan program E-Book bagi pelajar-pelajar sekolah.
Perlantikan adalah di bawah pengurusan TOP IT Sdn. Bhd
Secara kontrak tahunan bermula januari dan berakhir Disember, dan tahun berikutnya mereka perlu membuat kontrak baru, bagi meneruskan perkhidmatan EIO & TSO.

Ini bermakna kontrak yang di wujudkan bertujaan bagi melaksanakan pengurusan E-Book selagi Program tersebut di jalankan kontrak mereka berjalan.

Program E-Book ini telah di laksanakan bermula tahun 2008 dan memberi banyak manafaat kepada pelajar sekolah tetapi di sebabkan oleh banyak kritikan dan hentaman terutama daripada pihak pembangkang program ini terpaksa di tamatkan pada bulan may 2015 yang lalu setelah keputusan daripada beberapa kajian penilain juga di lakukan oleh IDAMAN juga di ambil kira.

Pada tahun 2011 Adun Batu Buruk (PAS) Dr Syed Azman Syed Ahmad bersungguh-sungguh meghentam program perlaksaan E-Book dan juga beberapa YB Adun PAS yang lain, yang menyebabkan timbul pelbagai persepsi negetif terhadap perlaksanaan E-Book.

Walaupun perkhidmatan E-Book telah di tamatkan, Kepimpinan Dato' Seri Ahmad Razif tidak mengambil tindakan bagi menghentikan perkhidmatan EIO & TSO malahan di teruskan sehingga kontrak mereka tamat pada disember 2015 baru-baru ini.

Hanya Seramai 105 orang tidak ditawarkan perkhidmatan bukan seperti fitnah yang di taburkan oleh pembangkang sehingga 200 EIO & TSO yang di tamatkan.

Didalam surat perjanjian kotrak yang telah dipersetujui oleh semua penjawat yang memegang jawatan EIO dan TSO kontrak berbentuk tahunan iaitu bermula januari sehinggga disember 2015.

Dan mereka sudah tahu bahawa kontrak mereka telah berakhir pada akhir disember 2015 yang lalu kerana ini sudah termaktuk dalam perjanjian penerimaan penjawatan.

Sehubungan dengan itu mereka yang tidak menerima tawaran untuk bekerja telah dinasihatkan agar membuat rayuan supaya dipertimbangkan balik oleh pihak berwajib jika berjaya akan si serapkan kembali.

Pegawai yang tamat kontrak tidak di sambung boleh mengemukakan rayuan kepada TOP IT bagi dinilai semula prestasi semasa mereka.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata rayuan mereka akan dinilai oleh panel penilai Top IT berdasarkan prestasi kerja mereka sebelum ini

‘Mereka boleh membuat rayuan dan kita akan lihat balik (prestasi) mereka’

‘Kita buat penilaian berdasarkan KPI iaitu 60 peratus daripada (laporan) penyelia dan 40 peratus oleh CEO Top IT sebagai penilai kedua.’

‘Jika markah mereka di bawah 50 peratus maknanya mereka tidak layak termasuk dari segi disiplin’.

Menurut beliau, prestasi pekerja yang bertaraf ad-hoc akan dinilai setiap 3 tahun dan mereka perlu menunjukkan prestasi yang terbaik untuk disambung dan jawatan ini sama seperti pekerja T-Gas yang mempunyai kontrak selama 6 bulan.

Kita sekarang dalam proses menyerap pegawai yang berpotensi dan berprestasi tinggi, kita tidak mahu mereka berjawatan ad-hoc selama-lamanya’.
‘Tidak sebab kalau dinyatakan bahawa tidak ada notis sedangkan apabila tawaran diberikan  mereka sudah tahu setiap 31 Disember (kontrak) mereka akan ditamatkan dan penyambungan bergantung kepada prestasi’.

‘Kita nak serap mereka dalam jawatan lain seperti sebahagian akan diberikan tawaran sementara dan ada yang ditetapkan.

Mereka di utamakan dahulu untuk diserapkan sebelum beri tawaran kepada orang lain, mana-mana ada kekosongan di pejabat kerajaan negeri dan GLC dan sudah ada ditempatkan di Pejabat DUN, Pejabat Daerah dan GLC.

Tetapi pembangkang pula menjadi batu api kepada EIO dan TSO dan memutar belit cerita dan cuba menjadi penghasut agar EIO & TSO yang yang tamat kontrak menghentam kerajaan.

Walaupun hakikatnya yang banyak memainkan peranan memburukkan program E-Book ini adalah daripada pihak pembangkang sehingga menamatkan program ini yang juga memberi kesan kepada perkhidmatan EIO & TSO.

No comments